segera terbit: SYAIR SAYIDUL ISTIGHFAR - RUMAHKAYU INDONESIA
Trending
Diberdayakan oleh Blogger.
Rabu, 17 Mei 2017

segera terbit: SYAIR SAYIDUL ISTIGHFAR


Segera Terbit
Syair Sayidul Istighfar karya Sarji Kasim

Kehadiran Syair Sayidul Istighfar karya Sarji Kasim bolehlah diibaratkan seperti hujan rahmat yang pertama kali berguguran ketika alam disengat kemarau yang panjang. Kelompangan teks syair baharu di tanah air kita kini telah diisi oleh Sarji. Meneliti bait demi bait Syair Sayidul Istighfar saya penuh percaya kerja seni ini bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi keseluruhan syair ini bersifat kerohanian yang memerlukan ketelitian dan kefahaman untuk menukanginya.Namun, kecintaan beliau terhadap puisi warisan ibunda yang kian dilupakan di tengah gamat kehidupan moderen telah mengatasi semua kepayahan itu.

Sahrunizam Abdul Talib, Bera, Pahang
Pemenang Anugerah Sastera Perdana Malaysia 2002/3 

SARJI KASIM, dilahirkan pada 22 Mac 1969 di Kampung Lebai Akil, Pasir Mas, Kelantan. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi dan Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas,  Kelantan.  Menamatkan pengajian peringkat universiti pada tahun 1995 dalam bidang Bahasa dan Sastra Indonesia, Fakultas Sastra, Universitas Andalas(UNAND), Sumatera Barat, Indonesia. Selanjutnya, pada tahun 1999 menamatkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia(USM) dalam bidang Sastera Nusantara.  Judul tesisnya ialah Novel-novel Melayu dan Indonesia Sebelum Perang: Tinjauan Persoalan Merantau. Pada tahun yang sama menyelesaikan kursus perguruan bahasa di Institut Bahasa Melayu Malaysia(IBMM), Kuala Lumpur.  Kini, sebagai guru prauniversiti di SMK Mengkarak, Bandar Bera, Pahang  Darul Makmur. Pernah beberapa karyanya diterbitkan misalnya ”Antologi Puisi dan Cerpen; Bah Kuning” (2015), “ Antologi Puisi;  Nasihat Nikah Kahwin” (2016) dan antologi “Cerpen Kelantan” (2017), Karya beliau  boleh dilayari  dalam FB  group sastera Ikatan  Kopi  Sastera (IKOSAS)
segera terbit: SYAIR SAYIDUL ISTIGHFAR Reviewed by rumahkayu on 00.31.00 Rating: 5 Segera Terbit Syair Sayidul Istighfar karya Sarji Kasim Kehadiran Syair Sayidul Istighfar karya Sarji Kasim bolehlah diibaratkan seper...

Tidak ada komentar: